Definisi
Risalah merujuk
kepada bahan-bahan edaran atau siaran. Risalah
memberi maklumat dan penerangan terperinci tentang sesuatu produk
berkaitan dengan institusi yang diwakilinya. Kini, risalah menjadi salah satu
bahan untuk sesebuah institusi berkomunikasi dengan pihak awam. Risalah
berfungsi untuk mempromosi dan mengiklankan barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh sesebuah institusi atau syarikat.
Cara
menghasilkan risalah
Risalah dapat
dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan gaya mengikut cita rasa institusi berkenaan.
Kebiasaannya, risalah terhasil dalam bentuk sehelai kertas yang dilipat dua,
tigatau beberapa kali. Ini bergantung pada kreativiti pereka yang menghasilkannnya.Penghasilan
risalah melibatkan kombinasi tipografi, ilustrasi dan rekaletak. Tipografi bagi
risalah biasanya bersaiz kecil, melainkan tajuknya. Ilustrasi yangdigunakan
mestilah berkaitan dengan tajuk rialah. Reka letak yang digunakanmestilah
menarik perhatian dan dapat memperjelaskan maksud risalah. Risalah boleh
dihasilkan melalui publisher atau photo shop dan program lain yang sesuai.
Dalam publisher telah menyediakan beberapa jenis templates yang boleh digunakan
secara terus. Pencipta juga boleh mereka grafik mengikut kreativiti sendiri.
没有评论:
发表评论