Pensyarah

Pensyarah
Dr. Amirnudin Udin

2012年12月22日星期六

Perspek (papan tanda nama)


Pengenalan

                Perspek adalah merupakan sejenis plastic yang keras dalam kumpulan thermoplastics.Ia juga dinamakan acrylic.Perspek terdapat dalam pelbagai warna dan ketebalan.Perspek biasanya digunakan untuk membuat pan tanda, kotak lutsinar dan gogal. Boleh didapati dalam bentukkepingan, rod dan tiub. Bahan ini ringan, tahan lama dan kuat tetapi mudahretak dan tergores. Klorofom atau simen pelarut digunakan untuk mencantumkan antara dua keping perspek. Perspek juga boleh dibentuk dengan menggunakan haba.

            Papan tanda digunakan sebagai komunikasi secara visual. Pengguna akan memahami maksud papan tanda tersebut dengan melihat grafik, teks, warna dan bentuk papan tanda tersebut. Pelbagai jenis papan tanda digunakan untuk member maklumat kepada pengguna.  Papan tanda membawa maksud tanda atau pun notis.  Kebiasaannya papan tanda digunakan untuk mengiklankan sesuatu produk dengan cara visual.  Antara kegunaan papan tanda ialah mengiklankan produk, majlis, rumah untuk disewa dan sebagainya.

 Papan tanda turut digunakan sebagai tanda amaran atau bertujuan untuk pendidikan. Papan tanda untuk jalan raya dan lalu lintas amat penting untuk menyampaikan maklumat secara visual dengan pantas.  Papan tanda yang baik boleh menyampaikan maklumat secara nerkesan. Ini kerana papan tanda yang baik menggabungkan bentuk, warna dan symbol. Gabungan elemen warna, bentuk, teks memerlukan ketelitian supaya maklumat yang hendak disampaikan difahami oleh pengguna. Kecuali maklumat yang berkaitan dengan tulisan. Ada papan tanda yang hanya menggunakan teks untuk menyampaikan informasi dan ada menggunakan grafik sebagai komunikasi untuk menyampaikan maklumat mahupun amaran.

Menurut sejarah penciptaan papan tanda pada tahun1389 King Richard III of England telah meyakinkan atau memberitahu pemilik premis untuk meletakkan tanda di luar premis mereka. Pada abad ke 19 sesetengah pelukis seperti Austro – Hugarian dan Demeter Laccataristel telah menghasilkan lukisan papan tanda. Masyarakat Rom dahulunya menggunakan tanah liata untuk menghasilkan papan tanda. Masyarakat Mesir juga antara  masyarakat yang tahu dan telah mencipta papan tanda dengan menggunakan media mereka sendiri. Papan tanda amat penting untuk meyampaikan maklumat secara visual. Pengguna dapat memahami maksud yang ingin didampaikan dengan melihat pada papan tanda yang dipaparkan.
 
Hasil Kumpulan Kami
 

 

没有评论:

发表评论