Pensyarah

Pensyarah
Dr. Amirnudin Udin

2012年12月21日星期五

Bank Soalan


 Pengenalan Bank Soalan

            Soalan adalah pengukur kepada pemahaman pelajar dan keberkesanan semasa mengajar. Membuat soalan perlu melalui beberapa kaedah antaranya mencari maklumat, mengubah gambar dan membuat soalan dalam perisian Microsoft Word.  Dengan adanya gambar dan rajah akan menolong pelajar memahami soalan yang diberikan.

 

            Pencarian maklumat melalui internet dapat memudahkan seseorang untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Semua maklumat perlulah diubah dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Pengajaran subjek Grafik Komputer ini banyak mengajar cara-cara untuk membuat soalan sendiri. Soalan yang dibina boleh dgunakan semasa di alam persekolahan nanti. Bagi bakal guru soalan ini amat berguna untuk dijadikan bahan rujukan semasa melakukan latihan mengajar di sekolah-sekolah yang ditetapkan.

 

            Buku-buku, majalah dan surat khabar juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk menghasilkan sebuah soalan yang baik. Maklumat daripada buku,majalah dan surat khabar boleh dipindahkan dengan menggunakan peranti input pengimbas. Pengimbas akan menjadikan maklumat didalam bentuk gambar, pdf dan jpeg. Ini memudahkan pelajar untuk mengubah maklumat tersebut mahupun jadikan data tersebut sebagai bahan rujukan.

 

            Segala jenis gambar dan penulisan didalam tugasan ini menggunakan perisian Adobe Photoshop, Microsoft Word dan pencarian melalui internet. Gabungan diantara ketiga-tiga perisian ini dapat menghasilkan soalan yang baik untuk dijadikan sebagai bahan mengajaran nanti.Ini dapat membuktikan kepentingan teknologi terkini untuk memudahkan pengguna dalam menyelesaikan masalah seharian.

1 条评论:

  1. Mgm Casino - Online Games - JTM Hub
    Play Online Games from 충청북도 출장마사지 Mgm's Casino and enjoy 동해 출장마사지 the best welcome bonuses and offers 1xbet login Gambling sites offer free spins 부천 출장샵 bonus 당진 출장마사지 for new players.

    回复删除