Pengenalan
Perspek
adalah merupakan sejenis plastic yang keras dalam kumpulan thermoplastics.Ia
juga dinamakan acrylic.Perspek terdapat dalam pelbagai warna dan ketebalan.Perspek
biasanya digunakan untuk membuat pan tanda, kotak lutsinar dan
gogal. Boleh didapati dalam bentukkepingan, rod dan tiub. Bahan ini
ringan, tahan lama dan kuat tetapi mudahretak dan tergores. Klorofom atau simen
pelarut digunakan untuk mencantumkan antara dua keping perspek. Perspek juga
boleh dibentuk dengan menggunakan haba.
Papan
tanda digunakan sebagai komunikasi secara visual. Pengguna akan memahami maksud
papan tanda tersebut dengan melihat grafik, teks, warna dan bentuk papan tanda
tersebut. Pelbagai jenis papan tanda digunakan untuk member maklumat kepada
pengguna. Papan tanda membawa maksud
tanda atau pun notis. Kebiasaannya papan
tanda digunakan untuk mengiklankan sesuatu produk dengan cara visual. Antara kegunaan papan tanda ialah
mengiklankan produk, majlis, rumah untuk disewa dan sebagainya.
Papan tanda turut digunakan sebagai tanda
amaran atau bertujuan untuk pendidikan. Papan tanda untuk jalan raya dan lalu
lintas amat penting untuk menyampaikan maklumat secara visual dengan
pantas. Papan tanda yang baik boleh
menyampaikan maklumat secara nerkesan. Ini kerana papan tanda yang baik
menggabungkan bentuk, warna dan symbol. Gabungan elemen warna, bentuk, teks
memerlukan ketelitian supaya maklumat yang hendak disampaikan difahami oleh
pengguna. Kecuali maklumat yang berkaitan dengan tulisan. Ada papan tanda yang
hanya menggunakan teks untuk menyampaikan informasi dan ada menggunakan grafik
sebagai komunikasi untuk menyampaikan maklumat mahupun amaran.
Menurut sejarah penciptaan papan
tanda pada tahun1389 King Richard III of England telah meyakinkan atau
memberitahu pemilik premis untuk meletakkan tanda di luar premis mereka. Pada
abad ke 19 sesetengah pelukis seperti Austro – Hugarian dan Demeter
Laccataristel telah menghasilkan lukisan papan tanda. Masyarakat Rom dahulunya
menggunakan tanah liata untuk menghasilkan papan tanda. Masyarakat Mesir juga
antara masyarakat yang tahu dan telah
mencipta papan tanda dengan menggunakan media mereka sendiri. Papan tanda amat
penting untuk meyampaikan maklumat secara visual. Pengguna dapat memahami
maksud yang ingin didampaikan dengan melihat pada papan tanda yang dipaparkan.
Hasil Kumpulan Kami