Pensyarah

Pensyarah
Dr. Amirnudin Udin

2012年12月25日星期二

POLISTRENE

Pengenalan
Polistrcnc merupakan jenis plastik yang dihasilkan dari proses polimerisasi styrene monomer. Styrene monomer itulah yang selama bertahun-tahun menyita perhatian banyak kalangan dari konsumen hingga peneliti.


Harga polistrene juga murah dan senang untuk dimiliki. Namun begitu poliestrene mempunyai kesan buruk kepada alam sekitar. Jika penggunaan tidak terkawal pencemaran alam sekitar akan berlaku. Ini kerana sif atnya yang tidak boleh dilupuskan kecuali dibakar. Jika dibakar polistrene akan mengeluarkan gas CFC (chlorof luorocarbon) yang boleh menipiskan lapisan ozon.
Polistrene mempunyai pelbagai kegunaan didalam kehidupan seharian, seperti
a)  . Di sekolah khusus menjadikan poliestrene  sebagai alat bantu mengajar sebagai bahan untuk memberi pemahaman kepada pelajar sekolah.
b) . Polistrene juga dijadikan sebagai hiasan dan tulisan pada papan kenyataan. Ini kerana sifatnya yang mudah dibentuk dan tahan lama.

c)     Poliestrene juga dijadikan bekas untuk mengisi makanan. Biasanya pengusaha kedai makan yang menggunakan poliestrene sebagai pembungkus makan.

2012年12月22日星期六

Teaching Aids


Pengenalan

Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah  lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.

Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telah menggunakan video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika mengenai konsep kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan kepada beberapa gambar bergerak yang melambangkan konsep kerjasama menerusi televisyen. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran menggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap mereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan kepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar.
 
Hasil Kumplan Kami
 

Kad Perniagaan


Kepentingan Kad Perniagaan

Kad perniagaan merupakan salah satu keperluan untuk memudahkan kita untuk saling berhubung dengan memberikan maklumat asas tentang perniagaan atau jawatan kita.la juga menjadi salah satu alat perhubungan antara pelanggan dan usahawan untuk menghubungi usahawan berkenaan perniagaan yang ditawarkan. Selain itu , ia juga memudahkan kita menyimpan maklumat tentang pelanggan,pembekal.kawan.peniaga,atau sesiapa sahaja.
Ciri-ciri kad perniagaan
Untuk memulakan perniagaan , kad perniagaan memainkan peranan yang sangat penting. Dalam pasaran , terdapat banyak jenis kad perniagaan. Ciri-ciri yang ada pada kad perniagaan menjadikan kad perniagaan bukan sekadar kertas kosong tetapi sekeping kertas yang menerangkan terlalu banyak tentang diri anda.
Kad perniagaan adalah seperti iklan.Jika iklan menarik.pasti ramai yang ingin tahu dan secara tidak langsung membuatkan nama anda akan sentiasa disebut-sebut. Ini akan meningkatkan kredibiliti anda.
 
Hasil Kumpulan Kami
 
 
 

Perspek (papan tanda nama)


Pengenalan

                Perspek adalah merupakan sejenis plastic yang keras dalam kumpulan thermoplastics.Ia juga dinamakan acrylic.Perspek terdapat dalam pelbagai warna dan ketebalan.Perspek biasanya digunakan untuk membuat pan tanda, kotak lutsinar dan gogal. Boleh didapati dalam bentukkepingan, rod dan tiub. Bahan ini ringan, tahan lama dan kuat tetapi mudahretak dan tergores. Klorofom atau simen pelarut digunakan untuk mencantumkan antara dua keping perspek. Perspek juga boleh dibentuk dengan menggunakan haba.

            Papan tanda digunakan sebagai komunikasi secara visual. Pengguna akan memahami maksud papan tanda tersebut dengan melihat grafik, teks, warna dan bentuk papan tanda tersebut. Pelbagai jenis papan tanda digunakan untuk member maklumat kepada pengguna.  Papan tanda membawa maksud tanda atau pun notis.  Kebiasaannya papan tanda digunakan untuk mengiklankan sesuatu produk dengan cara visual.  Antara kegunaan papan tanda ialah mengiklankan produk, majlis, rumah untuk disewa dan sebagainya.

 Papan tanda turut digunakan sebagai tanda amaran atau bertujuan untuk pendidikan. Papan tanda untuk jalan raya dan lalu lintas amat penting untuk menyampaikan maklumat secara visual dengan pantas.  Papan tanda yang baik boleh menyampaikan maklumat secara nerkesan. Ini kerana papan tanda yang baik menggabungkan bentuk, warna dan symbol. Gabungan elemen warna, bentuk, teks memerlukan ketelitian supaya maklumat yang hendak disampaikan difahami oleh pengguna. Kecuali maklumat yang berkaitan dengan tulisan. Ada papan tanda yang hanya menggunakan teks untuk menyampaikan informasi dan ada menggunakan grafik sebagai komunikasi untuk menyampaikan maklumat mahupun amaran.

Menurut sejarah penciptaan papan tanda pada tahun1389 King Richard III of England telah meyakinkan atau memberitahu pemilik premis untuk meletakkan tanda di luar premis mereka. Pada abad ke 19 sesetengah pelukis seperti Austro – Hugarian dan Demeter Laccataristel telah menghasilkan lukisan papan tanda. Masyarakat Rom dahulunya menggunakan tanah liata untuk menghasilkan papan tanda. Masyarakat Mesir juga antara  masyarakat yang tahu dan telah mencipta papan tanda dengan menggunakan media mereka sendiri. Papan tanda amat penting untuk meyampaikan maklumat secara visual. Pengguna dapat memahami maksud yang ingin didampaikan dengan melihat pada papan tanda yang dipaparkan.
 
Hasil Kumpulan Kami
 

 

Lukisan Kaca

 
 
3. kaedah – kaedah Lukisan kaca
 
1. Pemilihan Material untuk Lukisan Kaca.
Kita dapat menggunakan benda-benda yang terbuat dari kaca disekitar rumah kita misalnya: Gelas, piring, stoples, botol bumbu, botol minuman, tempat selai, dan Iain-Iain. Pilihlah yang bentuknya menarik A artistic.
 
 
2. Teknik Membersihkan media berbahan Kaca.
Gelas atau benda berbahan kaca yang akan kita lukis, kita bersihkan dulu dengan eepol atau bisa juga menggunakan sabun.
Cuci piring untuk membersihkan kotoran , terutama lemak / minyak. Setelah dicuci , dikeringkan . Sebelum kaca dilukis sebaiknya dilap.
dengan kain bersih/tissue dengan menggunakan methanol. Teknik membersihkan yang benar akan menghasilkan hasil lukisan yang bagus A biasa menempel lebih kuat.
 
 
 
3. Pembuatan Pola Lukisan.
Untuk membuat pola lukisan, motif yang akan dilukis biasa
bermacam-macam, tergantung selera. Umumnya motif yang cukup
mudah A sederhana untuk pemula biasa berupa aneka bunga, kupu-
kupu, capung, nuansa laut, kartun, ataupun gambar aneka binatang.
Untuk pemula biasa juga membuat/meniru pola pada kertas, lalu
meletakkan kertas yang sudah bergambar pada sisi dalam kaca,
selanjutnya kerangka gambar pada kaca, biasa dibuat dengan mencontoh gambar .
4. Pemilihan Cat.
 
Ada 2 jenis cat yang biasa dipakai untuk lukisan kaca.
Cat Opaque Coates.
Jenis cat untuk lukisan kaca yang Opaque/tidak transparensi.
Cat ini harganya cukup ekonomi, sehingga cocok untuk pemula
yang baru berlatih lukisan kaca. Sebelum diaplikasikan, Cat di encerkan
dulu dengan Thinner 4 ditambah Glass Fixed Catalist (-+ 5%).
 
Cat Transparent Vetro.
Jenis Cat untuk Glass Painting yang Transparant <J Exclusive, sangat indah hasilnya kerana menghasilkan warna-warna yang cerah A transparensi. Harganya cukup mahal. Untuk Aplikasinya biasa langsung dikuaskan pada media kaca yang sudah dibersihkan. Apabila terlalu kental/sudah mengental biasa dicairkan dengan Thinner. Cat ini digunakan apabila sudah mengerti teknik lukisan kaca/ sudah berlatih dengan menggunakan Cat Opaque Coates.
Hasil kumpulan Kami


 
 

Risalah (brochure)


Definisi

Risalah merujuk kepada bahan-bahan edaran atau siaran. Risalah  memberi maklumat dan penerangan terperinci tentang sesuatu produk berkaitan dengan institusi yang diwakilinya. Kini, risalah menjadi salah satu bahan untuk sesebuah institusi berkomunikasi dengan pihak awam. Risalah berfungsi untuk mempromosi dan mengiklankan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah institusi atau syarikat.

 

Cara menghasilkan risalah

Risalah dapat dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan gaya mengikut cita rasa institusi berkenaan. Kebiasaannya, risalah terhasil dalam bentuk sehelai kertas yang dilipat dua, tigatau beberapa kali. Ini bergantung pada kreativiti pereka yang menghasilkannnya.Penghasilan risalah melibatkan kombinasi tipografi, ilustrasi dan rekaletak. Tipografi bagi risalah biasanya bersaiz kecil, melainkan tajuknya. Ilustrasi yangdigunakan mestilah berkaitan dengan tajuk rialah. Reka letak yang digunakanmestilah menarik perhatian dan dapat memperjelaskan maksud risalah. Risalah boleh dihasilkan melalui publisher atau photo shop dan program lain yang sesuai. Dalam publisher telah menyediakan beberapa jenis templates yang boleh digunakan secara terus. Pencipta juga boleh mereka grafik mengikut kreativiti sendiri.
 
Hasil Kerja Kumpulan Kami
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2012年12月21日星期五

Bank Soalan


 Pengenalan Bank Soalan

            Soalan adalah pengukur kepada pemahaman pelajar dan keberkesanan semasa mengajar. Membuat soalan perlu melalui beberapa kaedah antaranya mencari maklumat, mengubah gambar dan membuat soalan dalam perisian Microsoft Word.  Dengan adanya gambar dan rajah akan menolong pelajar memahami soalan yang diberikan.

 

            Pencarian maklumat melalui internet dapat memudahkan seseorang untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Semua maklumat perlulah diubah dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Pengajaran subjek Grafik Komputer ini banyak mengajar cara-cara untuk membuat soalan sendiri. Soalan yang dibina boleh dgunakan semasa di alam persekolahan nanti. Bagi bakal guru soalan ini amat berguna untuk dijadikan bahan rujukan semasa melakukan latihan mengajar di sekolah-sekolah yang ditetapkan.

 

            Buku-buku, majalah dan surat khabar juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk menghasilkan sebuah soalan yang baik. Maklumat daripada buku,majalah dan surat khabar boleh dipindahkan dengan menggunakan peranti input pengimbas. Pengimbas akan menjadikan maklumat didalam bentuk gambar, pdf dan jpeg. Ini memudahkan pelajar untuk mengubah maklumat tersebut mahupun jadikan data tersebut sebagai bahan rujukan.

 

            Segala jenis gambar dan penulisan didalam tugasan ini menggunakan perisian Adobe Photoshop, Microsoft Word dan pencarian melalui internet. Gabungan diantara ketiga-tiga perisian ini dapat menghasilkan soalan yang baik untuk dijadikan sebagai bahan mengajaran nanti.Ini dapat membuktikan kepentingan teknologi terkini untuk memudahkan pengguna dalam menyelesaikan masalah seharian.